Pada Jumaat lalu, tamatnya perkhidmatan 3 orang guru di SMK Pelabuhan. Mereka adalah En Anuaruddin , Pn Shaharina dan En Abdul Aziz. En Anuaruddin akan meneruskan khidmat di SMK Abdul Rahman Talib, manakala Pn Shaharina dan En Abdul Aziz masing- masing akan merantau ke negeri Selangor dan Johor.
Semoga mereka akan terus menjadi guru cemerlang dan dedikasi di sekolah baru. Warga SMK Pelabuhan mengiringi pemergian mereka dengan titipan doa, semoga sentiasa dirahmati ALLAH,..amin....
tangisan pertama dan terakhir di SMK Pelabuhan
kali terakhir....
Pada hari tersebut dua lagi guru tidak dapat bersama- sama dengan kami namun mereka tetap di hati warga SMK Pelabuhan...
SELAMAT JALAN......