SENIKATA LAGU NILAM
Membaca dan
belajar amalan hidup mulia
Jadikan
panduan wawasan anda
NILAM program
membaca memberikan semangat
Membaca
dengan jaya budaya kita
Bina tabiat
membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran
diberi tidak terhingga
Jadi rakan
pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang
bestari anugerah diberi
NILAM, NILAM,
anugerah NILAM
Menerangi
jalan suram
NILAM, NILAM,
anugarah NILAM
Idaman
Pembaca Jaya
Membaca dan
belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat
membaca NILAM kita
Dunia indah
sekali pasti berseri
Amalan
membaca menjana minda bestari
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG
Budaya ilmu
adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi
masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika
diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan
bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu
asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai
dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam
pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan
bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan
membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui
pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk
negara maju.
Program NILAM
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan
murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca
satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah
akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan
pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan
di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program
membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani
masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah
dan masyarakat Malaysia amnya.
Matlamat
Matlamat
Program NILAM adalah
seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
- Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
- Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif
Objektif
Program NILAM adalah
sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM
murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan
murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan
sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen
Program NILAM
a. Rekod
Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan
Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan
: Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca
dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM
mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
- Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
- Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
- Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
- Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan
Pembaca
- Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
- Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
- Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
- Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
- Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Aktiviti
Antara aktiviti
yang dicadangkan di peringkat RP adalah seperti berikut;
- Bercerita
- Membaca bersama
- Bicara Buku
- Meminjam buku
- Memberi pinjaman buku
- Ulasan Buku
- Ulat Buku
- Kamus Bergerak
- Forum
- Ceramah Buku
- Ceramah
- Jejak Buku
- Khemah Membaca
- Kuiz Pengetahuan
- Radio Sekolah
- Pameran Buku
- Buku Skrap
- Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)
Pengiktirafan
Berhubung
pengiktirafan Program NILAM Murid-murid yang layak akan mendapat:
- “Stand Medal”
- Buku Kerja.
- Sijil Anugerah NILAM
Pengiktirafan
Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan
Pengiktirafan
72-143 buah
Gangsa
144-215 buah
Perak
216- 287 buah
Emas
288 ke atas
NILAM
Pengiktirafan
Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti
Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai
oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber
Sekolah r adalah sama dengan pengiktirafan
diperingkat kebangsaan.
Markah
Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas
NILAM
No comments:
Post a Comment