buku adalah teman ilmu
ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah

SMK PELABUHAN, 26100 KUANTAN PAHANG. TEL :09-5801320..//.. FAKS :09-5801321 ..//.. LAMAN WEB : smkpkuantanphg.blogspot.com

3 February 2013

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN NILAM 2013

Salam Satu Malaysia

Program NILAM merupakan salah satu program bacaan yang dijalankan untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar khususnya.NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah dijalankan di semua sekolah dengan usaha sama semua pihak termasuk KPM dan juga pihak sekolah.

NILAM mempunyai 2 tahap iaitu tahap Jauhari dan Rakan Membaca. Setiap tahap ini akan dianugerahkan dengan pingat gangsa, pingat perak, pingat emas dan yang tertinggi pingat Nilam.

Di sekolah pelbagai aktiviti dilakukan untuk menggalakan pelajar menambah bahan bacaan dari masa ke masa. Satu masa telah diperuntukkan bagi sebuah kelas di Perpustakaan bagi menjalankan aktiviti NILAM bersama guru bahasa masing- masing.

Dengan itu pada 1 Februari, Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama JK NILAM telah mengadakan satu Majlis Pelancaran NILAM peringkat Sekolah 2013. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Pelabuhan, En Noor Azhari bin Yahya.

Semoga budaya membaca di sekolah kita dapat disemarakkan dengan jayanya....Terima kasih
(GAMBAR AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN)