buku adalah teman ilmu
ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah

SMK PELABUHAN, 26100 KUANTAN PAHANG. TEL :09-5801320..//.. FAKS :09-5801321 ..//.. LAMAN WEB : smkpkuantanphg.blogspot.com

18 September 2013

SEKOLAH KU ...SMK PELABUHAN

PERPUSTAKAAN

BILIK TAYANG/BILIK MEDIA

PEJABAT SEKOLAH

RUANG MENUNGGU

BILIK KAUNSELING

TAMAN SAMUDERA

TAMAN PERAHU

RUANG SANTAI

TANDAS PELAJAR


BILIK SEMINAR





BILIK SEMINAR





BILIK MASAKAN


BILIK JAHITAN

BILIK MPV

TAMAN HERBA


BILIK KKQ

RUANG BASIKAL

MAKMAL

16 April 2013

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Program kerjasama dengan PKG DAERAH KUANTAN DAN PSS SMKTPPTM

TARIKH : 16 APRIL 2013
MASA : 8.30- 4.30
TEMPAT : PSS SMK TPPTM

Perkongsian ilmu
1.Penghasilan fail kuasa
2.Aplikasi ict
3.Benchmark


                                           Taklimat En Azhar                                  Kongsi Ilmu oleh
                                                PKG Pantai                                         Pn Zahidah Harun


 

 
 
 Taklimat wakil S-Lib

4 April 2013

KEPUTUSAN SPM 2013



Pada hari khamis 21 Mac 2013,keputusan SPM telah diumumkan. Tahniah bagi semua calon SPM 2013. Apapun jua keputusan yang diterima ,perjalanan jidup anda semua masih jauh. Yang berjaya,teruskan berjuang. Yang kurang bernasib baik, percayalah anda tidak akan sentiasa akan gagal.
Buat semua guru yang telah bersusah payah merangka berbagai program, mengorbankan masa untuk semua pelajar, terima kasih cikgu. Jasamu kami hargai dan semoga setitis kejayaan anak pelajarmu ini mampu membuat guru semua tersenyum...

Sekitar detik-detik gembira,sedih dan gelak ketawa pelajar- pelajar ketika menerima keputusan masing- masing



 
 
Tangisan pelajar cemerlang SPM 2012
 
 
Antara barisan pelajar cemerlang SPM 2012
bersama
Barisan Pentadbir SMK Pelabuhan
 
 
 
Kegembiraan dikongsi bersama.... :)
 

27 March 2013

WATIKAH LANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

Setelah diadakan satu kursus kepimpinan kepada semua pemimpin sekolah ,pengawas,pengawas pss dan pengawas koperasi,satu majlis watikah lantikan telah diadakan pada 18 Februari 2013.
Dalam majlis ini semua pemimpin baru dan lama untuk sesi 2013 diberi mandat dalam membantu guru untuk melaksanakan tugasan harian dalam pengurusan masing-masing. Majlis ini telah disempurnakan oleh  Pengetua SMK Pelabuhan,En Noor Azhari bin Yahya dan telah diakan di dewan terbuka SMK Pelabuhan.
Majlis ini seterusnya menyaksikan lafaz ikrar oleh setiap pemimpin sekolah sebagai tanda memegang amanah dan tanggungjawab yang diberi.
Semoga pemimpin-pemimpin ini dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

25 March 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE

Usaha murni KPM untuk menggarap budaya Guru Penyayang di sambut baik dikalangan semua guru di SMK Pelabuhan.
Pihak sekolah akan melaksanakan pelbagai program utama yang mendokong usaha tersebut. Terkini,baru-baru ini telah dilancarkan Program Mentor Mentee yang bertujuan memantau perkembangan pelajar secara berkelompok dan sepadu.
Program dengan usahasama dengan Unit Bina Insan ini meliputi pelbagai pendekatan yang membolehkan pelajar lebih mengenali diri sendiri dan seterusnya cuba membina jati diri yang lebih baik. Pelbagai jenis modul telah disediakan untuk mendekati pelajar dan mempengaruhi pelajar untuk menjadi insan yang lebih berfikiran positif.
Secara umumnya, konsep program ini adalah pembahagian pelajar mengikut jumlah guru yang ada. Semua guru dilantik sebagai mentor dan dibahagi sekumpulan pelajar mengikut kelas yang diklasifikasikan sebagai mentee.
Semoga usaha ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan dikalangan pelajar SMK Pelabuhan.

3 February 2013

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN NILAM 2013

Salam Satu Malaysia

Program NILAM merupakan salah satu program bacaan yang dijalankan untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar khususnya.NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah dijalankan di semua sekolah dengan usaha sama semua pihak termasuk KPM dan juga pihak sekolah.

NILAM mempunyai 2 tahap iaitu tahap Jauhari dan Rakan Membaca. Setiap tahap ini akan dianugerahkan dengan pingat gangsa, pingat perak, pingat emas dan yang tertinggi pingat Nilam.

Di sekolah pelbagai aktiviti dilakukan untuk menggalakan pelajar menambah bahan bacaan dari masa ke masa. Satu masa telah diperuntukkan bagi sebuah kelas di Perpustakaan bagi menjalankan aktiviti NILAM bersama guru bahasa masing- masing.

Dengan itu pada 1 Februari, Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama JK NILAM telah mengadakan satu Majlis Pelancaran NILAM peringkat Sekolah 2013. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Pelabuhan, En Noor Azhari bin Yahya.

Semoga budaya membaca di sekolah kita dapat disemarakkan dengan jayanya....Terima kasih
(GAMBAR AKAN DIUPLOAD KEMUDIAN)