Usaha murni KPM untuk menggarap budaya Guru Penyayang di sambut baik dikalangan semua guru di SMK Pelabuhan.
Pihak sekolah akan melaksanakan pelbagai program utama yang mendokong usaha tersebut. Terkini,baru-baru ini telah dilancarkan Program Mentor Mentee yang bertujuan memantau perkembangan pelajar secara berkelompok dan sepadu.
Program dengan usahasama dengan Unit Bina Insan ini meliputi pelbagai pendekatan yang membolehkan pelajar lebih mengenali diri sendiri dan seterusnya cuba membina jati diri yang lebih baik. Pelbagai jenis modul telah disediakan untuk mendekati pelajar dan mempengaruhi pelajar untuk menjadi insan yang lebih berfikiran positif.
Secara umumnya, konsep program ini adalah pembahagian pelajar mengikut jumlah guru yang ada. Semua guru dilantik sebagai mentor dan dibahagi sekumpulan pelajar mengikut kelas yang diklasifikasikan sebagai mentee.
Semoga usaha ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan dikalangan pelajar SMK Pelabuhan.
No comments:
Post a Comment