Setelah diadakan satu kursus kepimpinan kepada semua pemimpin sekolah ,pengawas,pengawas pss dan pengawas koperasi,satu majlis watikah lantikan telah diadakan pada 18 Februari 2013.
Dalam majlis ini semua pemimpin baru dan lama untuk sesi 2013 diberi mandat dalam membantu guru untuk melaksanakan tugasan harian dalam pengurusan masing-masing. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Pelabuhan,En Noor Azhari bin Yahya dan telah diakan di dewan terbuka SMK Pelabuhan.
Majlis ini seterusnya menyaksikan lafaz ikrar oleh setiap pemimpin sekolah sebagai tanda memegang amanah dan tanggungjawab yang diberi.
Semoga pemimpin-pemimpin ini dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
buku adalah teman ilmu
ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah
ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah
SMK PELABUHAN, 26100 KUANTAN PAHANG. TEL :09-5801320..//.. FAKS :09-5801321 ..//.. LAMAN WEB : smkpkuantanphg.blogspot.com
27 March 2013
25 March 2013
PROGRAM MENTOR MENTEE
Usaha murni KPM untuk menggarap budaya Guru Penyayang di sambut baik dikalangan semua guru di SMK Pelabuhan.
Pihak sekolah akan melaksanakan pelbagai program utama yang mendokong usaha tersebut. Terkini,baru-baru ini telah dilancarkan Program Mentor Mentee yang bertujuan memantau perkembangan pelajar secara berkelompok dan sepadu.
Program dengan usahasama dengan Unit Bina Insan ini meliputi pelbagai pendekatan yang membolehkan pelajar lebih mengenali diri sendiri dan seterusnya cuba membina jati diri yang lebih baik. Pelbagai jenis modul telah disediakan untuk mendekati pelajar dan mempengaruhi pelajar untuk menjadi insan yang lebih berfikiran positif.
Secara umumnya, konsep program ini adalah pembahagian pelajar mengikut jumlah guru yang ada. Semua guru dilantik sebagai mentor dan dibahagi sekumpulan pelajar mengikut kelas yang diklasifikasikan sebagai mentee.
Semoga usaha ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan dikalangan pelajar SMK Pelabuhan.

Subscribe to:
Comments (Atom)